Monday, February 28, 2011

Cinta CupCake -2-

-1-

‘’Arini boleh tolong hantar cupcake ni pada pelanggan kita ?’’ Tanya Datin Katy.
‘’erm..boleh je.tapi mane pegi Lan? Bukan dia yang selau hantar tempahan pelanggan ke?
‘’Itu la psal nye. Dah sejam saye tunggu dia, tapi tak datang-datang jugak.katanye lewat sikit sebab ade hal. Hmm boleh tak ni Arini?
‘’Eh mestilah boleh Puan.saya ni kan pekerja yang baik.hehe..’’ujar Arini dengan nada bergurau.
‘’Ha ni alamat nya’’ kata Datin Katy sambil menberi sekeping kertas kecil.
‘’Ok boss’’ kata Arini dengan gaya memberi tabik.
Datin Katy hanya mengeleng-geleng kepalanya melihat telatah Arini.Sudah sebulan Arini bekerja denganya. Datin Katy amat berpuas hati dengan sikap pekerjanya itu. Die seorang yang tidak memilih kerja kerana sanggup bekerja sambilan di kedai cupcakenya walaupun mempunyai ijazah lepasan luar negara.

CAHAYA matahari yang terik menyebabkan wajah Arini menjadi kemerah-merahan walaupun berada dalam kereta. Kepalanye tertoleh-toleh mencari nombor rumah 126 sambil tangannya memulas stereng kereta.

‘’Arrrgh...mane plak rumah nombor ni?’’Datin Katy ni betul ke tak bagi aku alamat ni.
Tiba-tiba.Ponnnn!!Alamak, aku revese kereta tak tengok belakang.. Arini lekas menekan brek kereta dan keluar dari keretanya.
‘’Encik mintak maaf sangat-sangat.saya tak perasan tadi?’’kata Arini dengan wajah bersalah.
Kelihatan seorang lelaki berkaca mata hitam keluar dari kereta mewah itu dengan wajah yang garang.
‘’Apa!?tak perasan? Kereta saya ni tak cukup besar ke sampai awak tak boleh tengok? Mata letak kat mane? Tapak kaki?’’balas lelaki itu. ‘’ Sekarang saya nak awak bayar ganti rugi’’.
‘’Aaa? Oh aa ok-ok.Berapa ya encik?’’ balas Arini. Dalam hatinya terasa agak membara dengan suara lelaki yang agak biadap itu.
‘’RM500 ’’ katanya.
Gulp!. Tekaknya terasa menelan pasir. Biar betul mamat ni. Kalau setakat calar ni tak kan sampai RM500 kot.
‘’Eh, saudara.Saya rasa kereta awak ni calar sikit je.Tak sampai 2cm pun. Takkan sampai RM500.’’ Kata Arini agak berani.
‘’Ade aku kisah? Yang aku tahu ganti rugi kereta aku!’balas lelaki itu dengan angkuh.
‘’Sekarang saya ade RM100 saje.Nanti saya bayar lagi.’’ Kata Arini sambil menghulurkan not RM100 serta sekeping kertas tertera nombor telefonnya.
‘’Saya nak sekarang jugak!’’atau awak sengaja nak larikan diri? Dasar perempuan kampung. Balasnya dengan nada agak mengejek.

Eh tak faham-faham ke manusia ni. Siap kata aku perempuan kampung lagi. ‘’ Encik, saya tak tipu, memang betul duit cash saya tak cukup. Saya bukan jenis penipu la!’’jerit Arini. Tahap kesabarannya semakin menipis.
‘’Aku tak mudah percayakan orang. Faham!’’
Ok, fine. Arini membuka pintu kereta belakang sambil memegang sesuatu di tangannya.
‘’Perkk.!!.Sedozen cupcake ditempekkan di wajah lelaki itu. Dengan segera Arini bergegas masuk ke keretanya dan memecut laju.

p/s: sila komen..haha.

Sunday, February 27, 2011

Cinta CupCake -1-

-Prolog-

Suasana keriangan menyelubungi persekitaran dewan Min Jung. Jelas terpancar kegembiraan di wajah setiap pelajar University Ajou, Korea Selatan. Masing-masing berasa gembira kerana telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Antara beratus-ratus mahasiswa itu, termasuklah Arini Nursoleha.

"Leganya aku..akhirnya dapat jugak kite habiskan study kita ni kan’’ kata Arini.
"Hm betul tu.pasni boleh la kita enjoy puas-puas!!’’ ujar teman baik Arini ,Ervan Nurtitin.

Dia berasal dari Palembang Indonesia.Wajahnya ,mirip-mirip pelakon Indonesia Baim Wong. Cuma yang membezakannya ialah jantina. Baim Wong lelaki manakala Ervan Nurtitin perempuan.

Dari jauh seseorang sedang memerhatikan Arini Nursoleha dengan penuh minat. Segala gelagat Arini menjadi tontonannya.

Saturday, February 26, 2011

pengumuman

rasenye pembikinan cerpen/ novel/drama terpaksa ditangguhkan...
ini disebabkan midora rase xd idea menrik..hahaha.