Adi
Rodolvo melangkah laju menuju ke keretanya. Lelaki muda berusia akhir 20-an ini
merupakan pemuda kacukan Melayu-Filipina. Wajahnya saling tak tumpah seperti
wajah ibunya, Murimar. Bapanya Majid Sekar merupakan seorang kelasi kapal TLDM
yang selalu belayar ke serata kawasan Asia Tenggara. Ketika kapalnya berlabuh
di Filipina, dia telah bertemu dengan Murimar dan kemudian mereka mula menyulam
kasih sehingga ke jinjang pelamin. Namun jodoh mereka tidak berpanjangan
apabila Majid Sekar dan isterinya telah bercerai mati ketika usia perkahwinan
mereka baru mencecah 2 tahun. Berita kematian isterinya hanya diketahui
daripada bapa mertuanya Roberto Anjas. Murimar dikatakan terlibat dengan
kemalangan ketika di Filipina semasa melawat keluarganya. Ketika itu Majid
Sekar baru berlabuh di pangkalan TLDM Lumut. Anak mereka Adi Rodolvo berada
dalam jagaan ibu Majid Sekar ketika itu.Sekarang Majid Sekar sudah lama bersara
sebagai kelasi kapal dan hanya berehat dirumah. Adi Rodolvo adalah satu-satunya
anak tunggal kesayangannya.
Tetapi
sejak akhir-akhir ini perasaan gelisah seperti diekori seseorang sering
menghantui Adi Rodolvo. Pelbagai surat ugutan diterima melalui pejabatnya atau
melalui panggilan telefon. Jiwa mudanya semakin tertekan apabila dia dituduh
memecah amanah di syarikat tempak dia bekerja. Fikiran Adi Rodolvo kusut
tatkala memikirkan masalah-masalah yang menimpa hidupnya sejak kebelakangan
ini. Lebih kurang setengah jam perjalanan dia telah sampai ke rumahnya.
Wajahnya dimaniskan bagi menjaga hati tua ayahnya daripada mengetahui masalah
yang melanda dirinya.
‘Adi
baru balik kerja ke?’soal Majid Sekar kepada anaknya.
‘Oh
ayah..Haah Adi baru balik yah.’ Jawapnya seraya mendekati ayahnya lantas duduk
di sofa berhadapan ayahnya.
‘Ayah
tengok kamu ni macam ada masalah saja, kalau kamu nak cerita ayah sudi
mendengarnya’’kata Majid Sekar sambil meneguk air kopinya. Perasaan seorang
ayah terhadap anak seakan dapat menghidu beban yang ditanggung oleh Adi
Rodolvo.
‘Tak
ada apa-apalah ayah.Cuma Adi penat sikit. Banyak kerja di pejabar. Ayah
janganlah risau nanti kesihatan ayah terganggu pula’. Tutur Adi Rodolvo sopan.
Dia tidak mahu fikiran ayahnya terganggu akibat masalahnya.’Tidak Adi, ayah
seperti merasakan bahawa kamu sedang menaggung masalah berat. Ayah tidak mahu
tumpuan kamu terhadap kerja terjejas. Kalau kamu tidak mahu bercerita, tidak
mengapa, ayah faham.Mungkin kamu punya alasan tersendiri. Tapi ayah cadangkan
supaya kamu pergilah bercuti kemana-mana untuk tenangkan fikiran..’ Kata Majid
Sekar lembut.
Adi
Rodolvo terdiam apabila mendengar kata-kata ayahnya itu. Pada pandanganya bagus
juga pandangan ayahnya itu.
‘Mungkin
Adi akan fikirkan ayah.’katanya.’Ayah Adi naik dululah ye.Nak mandi badan dah
melekit’ sambung Adi Rodolvo sambil tersenyum lantas bangun menuju ke tingkat
atas.
Majid
Sekar juga tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala sambil memandang anaknya
menuju ke tingkat atas.
Ketika
Adi Rodolvo memasuki biliknya, telefon tangannya berdering kuat. Dengan pantas
dia menekan punat hijau dengan dada yang berdebar-debar. Ternyata perasaannya
tidak salah. Pemanggil itu tisdak berkata apa-apa tetapi hanya ketawa
terbahak-bahak seolah-olah mengejek Adi Rodolvo.
‘Kau
nak apa hah!’ Tanya Adi Rodolvo keras. Selama beberapa hari ini dia kerap kali
menerima panggilan misteri ini.
‘Kau
jangan hanya berani dalam telefon, kalau kau ada masalah dengan aku, kita jumpa
empat mata’ balas Adi Rodolvo dengan marah. Kemudian talian terus diputuskan
dari sebelah sana. Adi Rodolvo mendengus kasar. Marah! Tiba- tiba kedengaran
ketukan pintu biliknya.
‘Adi
siapa yang telefon kamu? Ayah dengar macam bunyi orang marah-marah sahaja’
Tanya Majid Sekar.
‘Oh
ayah.Eh tak tahulah. Mungkin salah nombor.Tu yang Adi marah tadi.’ Jawap Adi
Rodolvo sambil tersengih untuk menutup kegusaran hatinya. Hal ini tidak perlu
dihebohkan. Dia takut kesihatan ayahnya
terganggu. Majid Sekar telah lama menghidap lemah jantung sejak menerima
telegram kematian isterinya.
2 be continued...