Thursday, June 16, 2011

MR. SUPERMAN

Kriiiing……….Bunyi loceng menandakan tamatnya waktu rehat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Datuk a.k.a SEBADAK.
Izyi Andarti yang berjalan melintasi loceng itu menjeling seperti mahu menelannya.`Ish loceng ni nak bunuh ak ke? punya la kuat bunyi..’
“Weh Izi kau tau tak hari ni kita dapat cikgu seni baru?”Alia yang berjalan disebelahnya bersuara.
“Cikgu baru?entah.ye la kot..adoi kenapa la ada je manusia yang nak ganti tempat cikgu Hamidah tu”Izyi yang sememangnya tidak menggemari subjek itu merungut.Mana taknya setiap kali peperiksaan pasti huruf C yang tercatat di kertas lukisan nya. Demi mengubati kekecewaannya dia akan menambah huruf A,N,T,I,K. Konon cikgu kata lukisan die cantik la tu….
“Eh tapi aku dengar budak kelas sebelah kata hensem tau.Hehehe ad peluang ni”Alia tersengih sengih dengan muka gatalnya.
Izyi antara dengar dengan tidak terus melangkah.
DI KELAS……
“Fulamak ratu andartu dah habis makan..hahahha…”kedengaran ketawa sumbang Aril.
“Sapa andartu?kau ni memang nak cari pasal dengan aku.satu hari tak kacau aku tak boleh ke ha?”Merah padam wajah Izyi memanndang Aril.Dua ekor makhluk itu sememangnya tidak boleh berjumpa pasti bertengkar,puncanya pasti saja Aril.
“Bangun…”..belum sempat Aril membalas monitor Ayob memberi salam.Seorang lelaki muda masuk sambil membawa beberapa buah buku..Mukanya nampak serius.Sejurus itu dia memandang ke sekeliling kelas.Siap angkat angkat kening lagi.Konon nak tunjuk garang la tu.
“Saya cikgu Shazril. Saya merupakan guru GSTT. Mulai hari ini saya akan mengajar kamu seni ye..hehe..ok awak semua boleh duduk. Saya saja buat gempak tadi buat muka garang. Murid-murid keluarkan kertas lukisan. Saya nak awak bayangkan awak sedang berada di dasar lautan. Saya nak awak lukis pemandangan di dasar lautan. Okey awak boleh mula sekarang.”
Sambil murid-muridnya melukis cikgu Shazril berjalan mengelilingi kelas. Langkahnya terhenti semasa dia melintasi meja Izyi.
“Awak lukis apa ni? Saya suruh awak lukis pemandangan dasar laut bukan spongebob!” mulut Cikgu Shazril sudah herot menahan geram.
“Hehe eh betul la ni cikgu pemandangan dasar laut.Spongebob kan tinggal dalam laut.”selamba saja Izyi menjawab.Berderai bunyi ketawa kelas 5 anggerik.Yang pasti ketawa paling kuat sudah tentu Aril.
“Owh menjawab ek? Memang la spongebob tinggal dasar laut tapi benda tu kan katun. Saya nak awak lukis benda yang logik. Bukan katun mengarut ni.Bangun!awak tidak menurut arahan saya.Berdiri atas kerusi.”Tegas pula suara cikgu muda itu.Dengan muka tegang Izyi memanjat kerusinya. Panas panas!
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
“Izyi kau pergi tak rombongan Kelab Reakreasi nanti?”Alia yang agak gedempol termengah mengah mengejar.” em pergi.”Ringkas jawapan Izyi.
“ Hehehe tak sabar ak nak pergi la.Bukan apa nanti Aril pun ada tau.”
Hah?Aril kepoh tu?heeei tak sukanya aku.cancel la cmni.Da la suka kutuk kutuk aku.Andartu la.heeee”Izyi memberhentikan langkah menyebabkan Alia yang berjalan dibelakangnya melanggar belakang Izyi. Namun malangnya Alia yang bulat macam jibon itu melantun lalu kakinya terseradung pasu bunga aci tukang sapu sekolah yang baru diisi tanah separuh. Apalagi gedebuk Alia terduduk dalam pasu itu.
“IZIIIII!!!!!!!!!!!!!Tolong aku……”jerit Alia sambil mengoyang-goyangkan punggungnya dalam pasu itu dengan harapan dapat lepas.Tapi malangnya pasu itu seolah olah macam besi berani pulak pada punggung Alia.Izyi memandang Alia tanpa kata.Selang beberapa saat ketawanya meledak. “ hahahhaha. Woi yang kau pergi landing dalam pasu aci tu buat apa?” izyi masih menekan nekan perutnya.
Dengan susah payah Izyi cuba nenarik pasu itu namun usahanya sia sia. Tidak lama kemudian muncul aci tukang sapu sekolah.“Ayoyo ama.Apa itu buat dalam pasu saya. Saya mau tanam itu bunga bukan punggung ama.Ayoyo.?” tegur aci itu sambil mengeleng gelengkan kepalanya seperti Anil Kapoor selalu buat.hihii
“Huh nasib baik ada aci tu tadi.ha gelak la.gelak” marah Alia yang masih menggosok punggungnya.
“Ala sori la.Aku tak tahan betul tengok aci tu tadi.Siap tolong gosok gosok punggung kau lagi nak buang tanah hahaha.”
“Ha berbalik pada isu tadi.Aril yang aku cakap tadi bukan Aril tu la,tapi cikgu Aril. Aku saja panggil dia cikgu Aril, walaupun mukanya iras Aaron Kwok”.Bercahaya mata Alia bercerita. ‘macam mata Kak Mona dalam cerita Mantera Anjasmoro pulak aku tengok’ sempat lagi Izyi mengutuk dalam hati.hehehe.
“Aaron Kwok?Ceh mana ada. Tapi macam Aaron Aziz ada kut. Ha apa apalah, yang penting Aril ke , Cikgu Shazril ke dua-dua aku tak suka. Kau bukan tak tau Cikgu Shazril tu macam mana dengan aku. Kau tak ingat macamana dia denda aku tiap tiap kali waktu dia? Berdiri atas kerusi la,mencangkung bawah meja la,berjemur la,paling aku tak tahan kira rumput kat padang. Ha nasib baik time mencangkung tu aku tak terkentut. Yang pelik nya kalau orang lain tak ada pulak teruk sangat dendanya.” Panjang lebar Izyi mengomen cikgunya itu.“Aku nak minta balik la duit aku. Cancel pergi.”
“Weh kau dah lupa kalau siapa cancel last minute kena bayar ganti rugi double? Pergi jela. Aku takut tidur sorang. Nanti ada hantu Kak Mona.” Ait budak ni macam tau je apa aku fikir.ada link lak hehe.
Dengan mulut muncung Izyi meluru masuk ke pusat sumber tanpa menyedari ada mata yang memandang.Bibir itu tersenyum.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

“Alamak aku tertinggal dompet la kat bawah.kau naik dulu la ek.”Alia tanpa kata terus memasuki lif untuk menuju ke bilik. Malam ini malam terakhir mereka di resort itu kerana mengikuti rombongan sekolah.
“Kalau berpacaran jangan tunggu lama lama bla bla………” Izyi menyanyi halus untuk mengurangkn perasaan takutnya berjalan di koridor menuju ke tepi kolam renang tempat dia menjamu selera tadi. Tiba tiba bulu romanya terasa tegak.Dia pantas menoleh.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sesuatu menyeringai di sebalik pokok kekabu. Izyi terkidum kidum ketakutan.
“Oooooo mak hantu karak.”Tanpa menunggu lama dia mengangkat kaki.Namun telinganya sempat menangkap suara seseorang ketawa terbahak bahak seperti bunyi drakul saja.Segera terbayang watak wajah drakul dalam novel Ramlee Awang Murshid .Izyi mengekek kecil.
“Woi tak guna kau.Aku ingatkan jembalang mana tadi.Jaga kau.”Marah Izyi memuncak apabila melihat Aril ketawa bagai tak ingat dunia.
“ Eleh aku ingatkan berani sangat. Itu pun takut.”
“Hah malas aku layan.” Izyi mendengus lalu berpaling namun Aril di belakang masih memandang dengan senyuman yang sudah mati di bibir.Kakinya terasa ingin melangkah mengekori gadis itu.
Sampai di meja makan Izyi tertunduk tunduk mencari dompetnya. “Ha jumpa pun.” Tanpa memandang sekeliling Izyi terus melangkah .Dia tidak menyedari ada mata yang mengintip gerak gerinya sejak tadi.Namun bunyi kocakan air dari kolam renang dibelakangnya mematikan langkah Izyi.Dek kerana ingin tahu ringan saja kaki Izyi menuju ke tepi kolam. “Ehm tak ada apa apa pun. Angin kot.Ingatkan ada puteri saadong ke hehe.Teringat lak kat misteri nusantara.” Izyi segera berpaling namun malang baginya kerana tepi kolam itu yang agak berlumut. Keecebuurrrr…
Tubuh Izyi sudah tenggelam timbul dalam kolam renang itu. Kepalanya terasa sengal kerana terhantuk bucu kolam renang sewaktu terjatuh tadi.
“Tolong tolong.Saya tak tahu berenang. Tolong ..chomenga help help.. tulungin mu ako. S.O.S..tolong.” Bermacam jenis bahasa keluar dari mulutnya. Ni la gunanya hobi si izyi yang gemar tengok variasi cerita kat tv ye penonton. Namun usaha nya seakan sia sia. Tiada sesiapa yang menghulurkan bantuan.
‘Ya allah kalau benar sampai waktuku sekarang, aku redha..’ Izyi memejamkan mata sambil tubuhnya semakin tenggelam ditelan dasar kolam. Di mindanya terbayang wajah keluarga,kawan kawan…
Buuurrrrrrrrr………..
Pandangan Izyi yang semakin kabur dapat menangkap bayangan satu tubuh yang semakin menghampirinya.Semakin lama semakin hamper. Izyi dapat merasakan tangan nya dicapai lalu tubuhnya di tarik keatas. Dia dapat merasakan tubuhnya terapung sekejap sebelum, ‘Aduh...rasa nak tercabut tulang belakang nya apabila tubuhnya terhempas ke atas lantai. Terasa ada tangan yang menampar nampar pipinya. Izyi tertanya- tanya milik siapa tangan itu. Matanya semakin memberat.Telinga dapat menangkap bunyi bising sebelum pandangannya gelap.

…………………………………………………………………………………………………
Kelihatan seorang gadis tersenyum sambil melambai-lambai kearah keluarganya sambil menarik luggage pinknya. Suasana lapangan terbang yang sibuk dan bersesak sesak menyebabkan Izyi terlanggar seseorang.
“Maaf saya tak sengaja. Saya tak nampak.”Serak serak suara Izyi. Takut le tuu.
“ Tak apa. Saya pun salah jugak. Jalan menonong je” ujar lelaki itu tersenyum sedikit seraya mengangkat wajahnya yang agak tunduk tadi.Namun senyumannya mati tatkala wajah Izyi yang keruh menyapa pandangan.Pantas sunglasses jenama Chanel ditanggalkan.
‘Ish dia ni pandang macam tak pernah tengok aku je. Eh memang la dia tak pernah tengok aku hehe. Ni tak boleh jadi ni. Cara dia tengok pun macam Inspektor Amir je. Baik aku cabut cepat.’
“Em ok la encik saya pergi dulu” tanpa menunggu lama Izyi segera angkat kaki. Panggilan lelaki itu tidak dihiraukan. Sekejap saja tubuhnya sudah hilang di celah celah orang ramai.
‘Izyi. Mana awak menghilang selama ini.”Keluhan terlahir dari rengkungannya .Lantas kacamata hitamnya kembali dipasang menghiasi wajah. Menyembunyikan kekecewaan. Langkahnya di teruskan tetapi mindanya masih memikirkan kejadiaan tadi.
………………………………………………………………………………………………

“Tahniah Izi. Cayalah kawan aku ni da grad. Jangan main-main University of Warwick tu. Tak sangka lepas kejadian tu kau terus hilang. Dengar dengar kau dah dekat luar negara.” Alia yang masih kekenyangan menyelak nyelak album gambar milik Izyi. Keluarga Izyi mengadakan kenduri kesyukuran sempena kepulangannya dari luar negara.
“Banyak la kau. Kau pun apa kurangnya. Dah kerja pun kan. Entah lah aku pun tak ingat kejadian tu lagi. Yang aku tau lepas aku keluar hospital family aku pindah ikut ayah aku yang kena tukar tempat kerja.” Bersungguh sungguh Izyi bercerita.
“Aku tau. Aku pun lost contact dengan kau lepas tu. Nasib baik jumpa balik kat fb. Tapi yang aku pelik kau ingat pulak siapa aku.Bukan mak kau kata kau hilang ingatan ke?”
“Entahlah aku pun tak tau.Mula mula aku pun tak ingat sangat tapi lama lama lepas dengar cerita kau baru aku ingat sikit sikit.Aku cuma ingat korang orang terdekat je.Family aku sedara mara. Eh tapi aku sebenarnya ada benda nak tanya kau ni. Kau tau tak siapa yang selamatkan aku masa aku nyaris lemas dulu?”Izyi sudah duduk bersila mengadap Alia.Dia betul betul inginkan jawapan.
Alia mula tersenyum.“Kau nak tahu siapa? Yang selamatkan kau dulu Aril. Macam tak percaya kan? Tapi memang betul dia yang selamatkan kau dulu.Aku pun macam tak percaya.Ye la memandangkan macamana korang dulu. Kalau kau sedar time tu aku rasa kau lebih sanggup tenggelam daripada kena selamatkan dengan die. Kau punya la tak suka dengan die dulu.”
“ Yeke. Kalau aku jumpa dia kene berterima kasih ni. Ha apa kata kau cerita kat aku pasal masa kita sekolah dulu. Mana tau kot aku ingat apa apa ke. Boleh?” Besar harapan Izyi agar dia dapat mengingati sesuatu.
“Of course my friend. Em nak start dari mana ek. Kau masa sekolah dulu boleh tahan nakalnya. Ponteng sekolah ada la jugak beberapa kali.aku pun join gak haha. Dalam kelas ok la kot hehe. Tapi satu yang buat kau paling marah.Aril.dia la yang selalu cari pasal dengan kau. Kau tak ingat?”
Pantas tangan Izyi mengetuk kepala Alia. “wei aku ke kau yang hilang ingatan ni. Kan aku amnesia mana la aku ingat.”
“Hehe sori. Tu la ni mesti terlebih tengok cite Marshanda ni. Tapi baru baru ni aku ada terjumpa dia. Boleh tahan jugak,tak sangka dah jadi pilot budak tu. Ha lepas kau pindah sekolah baru kitaorang tahu kenapa selama ni dia selalu sangat cari pasal dengan kau. Rupa rupanya dia tu syok kat kau.Dia kacau kacau kau tu sebab nak tarik perhatian kau.Tak sangka aku ada jugak yang syok kat kau ni ek haha.”
Alia yang terkekeh kekeh pantas bangun untuk mengelak bantal yang dibaling Izyi.
“Dah la tu ko ni. Banyak kelentong je aku rasa cerita kau ni. Dah la jom turun mak aku dah panggil tu.”
“Eleh malu jibon la tu. Eh aku tak habis cerita lagi ni. Pasal cikgu cikgu. Ha ni pasal cikgu seni kesukaan aku tu hehe” Alia mula tersengih sengih mengingatkan cikgu seni kesayangan nya itu.
“ Dah dah tak da cerita da. Jom turun.” Izyi pantas menolak tubuh Alia menuruni tangga rumahnya tanpa mahu mendengar cerita Alia.
………………………………………………………………………………………………………

“Izyi you jangan lupa tau lepas lunch nanti pergi meeting room. Bos nak jumpa you .Kan you tak pernah jumpa bos lagi sejak you kerja kat sini. Kebetulan masa you start kerja bos tengah outstation kat Thailand.” Pesan Suzanne sambil menyandang handbag jenama PS(Petaling Street).
“Ok. I pun lunch kejap je. Banyak kerja tak siap lagi ni” ujar Izyi yang masih tekun menghadap komputernya. Sesekali menyelak nyelak fail di sisinya.
“Eh Suz bos tu garang tak? I bukan apa takut la nak jumpa. First time pulak tu.”
“Mana ada la. You know wha, I pasti you akan suka dia bila you jumpa dia nanti.”
“Ow yeah.I baru teringat I ada dengar budak HR gossip pasal bos. Diaorang kata bos terima sorang pekerja ni just lepas tengok gambar dia je. Resume dia bos tengok sikit sikit je. Tu yang I pelik.I tak sure siapa tapi yang pasti siapa yang masuk sekali dengan you dulu.Entah entah you tak? Wa untung la you Izyi terus dapat ikan jos. Suke suke suke” hilang terus lapar Suzanne kerana terlalu asyik bercerita.
“Ha pandai la tu you buat gossip ek. Tak ada maknanya I dapat ikan jos. Ni sekolah mana you belajar perkataan ikan jos ni. Cikgu I dulu ajar ikan kampung2 je. Ikan haruan ikan keli,sepat ronggeng I tau la.”
“ Ok we’ll see” jerit Suzanne yang masih mengilai di sebalik daun pintu.
‘Ish betul ke si Suz ni.Hehe ada jugak orang yang syok kat aku ek. Ya Allah perasan tol aku ni’ Izyi menampar nampar pipinya.
………………………………………………………………………………………………………………

“Tunggu..tunggu ada orang nak naik lagi ni.” Terkocoh kocoh Izyi mengejar pintu lif yang hampir tertutup.
“Ala tak sempat” keluh Izyi sambil membetulkan beg tangan yang hampir terlondeh di bahu.
Tiba tiba di saat Izyi hampir berpaling satu tangan menahan pintu lif dari terus tertutup.
“Cik cepatla masuk.Tadi bukan main nak masuk.Siap jerit jerit lagi” sinis suara penghuni lif itu mempelawa Izyi menumpang lifnya.Terlakar segarit senyuman kecil dibibirnya tatkala melihat Izyi yang tersipu sipu nak masuk lif.
“Heehee.Maaf la kalau saya terkecoh tadi. Bukan apa saya nak cepat ni. Nak jumpa bos. Kang melenting pulak orang tua tu kalau saya lambat.” Tutur Izyi cuba menyembunyikan malu. Tangan kiri di sapu sapu ke pipinya bagi melindungi wajahnya daripada pandangan lelaki di sebelahnya.
“Eh mana awak tahu saya tingkat 10? Saya rasa saya tak cakap apa apa pon. Awak pon saya tak pernah nampak sebelum nikan bangunan ni.” Soal Izyi kehairanan apabila melihat lelaki itu menekan nombor sepuluh di dinding lif.
“Gerak hati.” Tanpa memandang lelaki itu menjawab.Tangan nya dimasukkan ke dalam poket.
“Dah lama kerja sini?”
“Baru je.” Eh gatal pulak mulut aku ni menjawab.Izyi menampar nampar mulutnya sendiri.
“Awak kata tadi kalau lambat nanti bos awak melenting.Bos awak tu garang ke?”
“Sebenarnya saya pun tak pernah jumpa dia lagi. Tapi syarikat dia kan punya la besar jadi dia pun mestila dah tua bangka. Bermisai melentik, perut buncit.” Khusyuk Izyi membayangkan rupa bosnya hinggakan tangan nya bergerak gerak di depan wajah lelaki itu sampai bergerak gerak biji mata lelaki itu mengikut gerakan tangan Izyi.
Tawa kecil meletus dari bibir lelaki itu.
“Tapi saya tak rasa bos awak macam tu. Don’t judge the book by it’s cover Izyi.” Ucap lelaki itu sebelum melangkah keluar apabila pintu lif terbuka luas mempersilakan penghuninya keluar.
“Eh eh mana awak tau nama saya?” ujar Izyi setelah terlongo beberapa saat.
Izyi cuba mengejar lelaki itu namun hampa kerana pintu lif terlebih dahulu mengunci langkahnya.
‘Huuhh.’Hembusan kekecewaan terlahir. ‘tapi aku rasa macam pernah jumpa mamat tu la’ hati kecilnya berbisik.
………………………………………………………………………………………………

Tok tok tok……
“Masuk.” Kedengaran suara memberi arahan dari dalam .
Bismillahirrohmanirrohim.Ucap Izyi sebelum melangkah menuju meja bosnya. Saat itu bosnya sedang membelakanginya sambil membelek sebuah fail berwarna hijau. ‘em warna kegemaran aku’ sempat lagi hati Izyi berkata.
“Ehm assalamualaikum bos.Saya dimaklumkan bos mahu berjumpa dengan saya. Saya Izyi Andarti sedia melapor diri bos.” Fuhh lega.Dalam hati rasa nak mengekek apabila teringatkan betapa skemanya ayatnya tadi.
Rasa nak tercabut biji matanya saat bosnya berpaling menghadapnya.Rupa rupanya lelaki di dalam lif tadi adalah bosnya. Izyi rasa hendak menyorok dalam tin je masa tu. ‘mati la aku. Nampaknya balik kampong la aku kena pecat macam ni.’
“Waalaikummussalam. Saya rasa kita pun dah jumpa tadi kan. So, saya Cuma nak ingatkan pada awak supaya kerja dengan bersungguh. Jangan hancurkan kepercayaan yang syarikat ni dah beri pada awak. Saya harap awak boleh beri sepenuh kerjasama. Ok awak boleh keluar sekarang.”
Izyi terangguk angguk seperti belatuk mendengar butir bicara bosnya itu.
“Er bos saya nak minta maaf pasal dalam lif tadi? Saya tak ada niat sebenarnya nak cakap macam tu. Saya cuma bergurau je bos.” terketar ketar Izyi bersuara.Cuba meraih simpati dengan muka tak bersalahnya.
“It’s ok. Saya tak akan pecat awak disebabkan perkara tu.” Seperti dapat membaca fikiran Izyi saja bos ni.
“Terima kasih bos. Saya janji akan kerja sungguh sungguh.” Ucap Izyi tersenyum sambil berundur mahu melangkah keluar. Tetapi malang bagi nya apabila kakinya tersadung tong sampah berhampiran pintu.
“Aduh..” rintih Izyi sambil menggosok gosok pinggangnya. Malu bukan kepalang .Ekor matanya sempat menangkap wajah bosnya yang seakan terpegun melihat kejadian itu. Tanpa membuang masa kakinya terus di hayun meninggalkan ruangan itu.Sayup sayup kedengaran suara ketawa dari bilik bosnya apabila Izyi semakin jauh dari tempat itu.
…………………………………………………………………………………………………………

“ Er bos baru lepas makan?” manis senyuman Izyi menyapa bosnya yang juga dalam perjalanan menuju ke office mereka. Masih terbayang peristiwa 2 bulan lepas.‘ Ar gasak la perkara dah lepas. Kalau jumpa bos mulut kena manis manis mana tau dapat naik gaji hehe’
“Ha Izyi. I baru je balik lunch dengan client tadi.” Mereka kini berjalan bersaingan di tempat letak kereta.
Tiba tiba sebuah motosikal yang dinaiki dua orang lelaki yang bertopi keledar memecut kearah mereka. Pembonceng motosikal itu meragut beg tangan Izyi hingga menyebabkan Izyi hampir hampir tersungkur ke jalan raya namun tubuhnya sempat disambar oleh bosnya.
“Woi beg aku” tanpa membuang masa bos Izyi terus membuka langkah seribu mengejar peragut durjana itu.
“Tunggu situ. Call polis.” Sempat lagi bosnya berpesan walaupun matanya kedepan mengejar peragut itu.
Namun Izyi yang berjiwa kental itu tidak menghiraukan jeritan bosnya turut mengejar peragut itu.
Malang bagi peragut tersebut apabila motosikal mereka terlanggar sebuah kereta yang sedang cuba keluar dari petak parking. Melayang layang tubuh kedua dua peragut itu sebelum mencium tahi anjing yang terdapat di tepi jalan itu.
“Ha ambik kau .nak ragut aku lagi” marah Izyi yang masih terduduk tercungap cungap.
“Awak okey ke ni? Kan saya suruh tunggu awak ikut buat apa. Kalau apa apa jadi macam mana? Saya juga yang susah.”
Bunyi bebelan bosnya sudah tidak kedengaran di telinga Izyi.Ada sesuatu yang mengganggu fikiran nya ketika ini.Dia pantas bangun menghampiri bosnya.Matanya sekejap terbuka membesar sekejap mengecil.Peluh semakin membasahi dahinya.Izyi sudah tidak tahan.
‘eh eh apasal minah sorang ni. Tak kan aku cakap tadi terus terjatuh hati dekat aku kut.’
“Izyi awak okey ke ni?”
“Bos… bos…” tenggelam timbul suara Izyi.
‘Aduh aku dah tak tahan ni..’ jerit Izyi dalam hati.
Uuuuweeekkk…………. Terhambur keluar segala isi perutnya.Terkeluar tulang iwak lele yang menjadi santapan nya tadi.Perutnya tidak dapat menampung semua itu lagi setelah penat berlari.
‘Fuhh lega.’Izyi mengelap mulutnya dengan tisu.
“Izyi…” lemah saja suara bosnya.Mungkin risau melihat keadaan nya.
“Tak apa bos saya ok.” Balas Izyi sambil mendongak memandang bosnya dan alamak kantoii.
Baju bosnya sudah dipenuhi muntahnya manakala bosnya sudah terpejam menahan kegelian.
…………………………………………………………………………………………

“Iz you pergi tak family day yang syarikat buat hujung minggu ni nanti?” Suzanne ramah bertanya. Baik hati pula keling ni.
“Memang I nak pergi tapi bas dah penuh la. Tak kan I nak pergi sendiri. I mana ada transport.”
“Ala you jangan risau ada tempat untuk you.”
“Eh bukan hari tu you sendiri ke kata dah full?”
“Memanglah. Tapi hari tu bos ada tanya semua staf kita pergi tak. Then I cakapla yang you tak pergi sebab da penuh. Guess what bos cakap dia you boleh ambil tempat dia. Bos akan pergi sendiri. Wa sayang juga bos kat you ek.”
“Betul ni? Yey akhirnya dapat jugak I merasa pergi resort tu. I dah lama nak pergi. Ehm ni kalau jumpa bos kena belanja makan ni. Hahha” ketawa mereka berderai tanpa menyedari ada yang turut sama mendengar perbuala mereka.
………………………………………………………………………………………………………………

“Izyi kau tau nanti kelas kita ada buat reunion tau. Em tak silap I bulan depan. Pertengahan.Kau jangan lupa datang tau.” Alia yang sedang mengunyah makanan bersuara.
“Ish tak nak la aku.Segan la. Lagipun aku bukan ingat apa apa.”
“Ala pergi jela.Diaorang pun jemput kau datang tau.Lagipun nanti semua datang. Mana tahu kau boleh ingat apa apa ke? Ehm yang paling penting Aril pun ada tau. Nanti boleh la kau jumpa dia. Bukan kau kata nak berterima kasih dekat dia ke?”
“A’a ek. Bergeliga jugak kau ni. Boleh buat batu cincin ni haha.” Sempat lagi Izyi melawak.
“Tapi kau temankan aku tau.Aku mana kenal sesiapa.”
“Ok beb no hal punya.”Alia menaikkan ibu jarinya membuat thumbsup.
………………………………………………………………………………………………………

Bunyi lagu Soledad menandakan ada mesej masuk. Izyi segera menekan punat ‘read’. Pasti ini mesej dari peminat misterinya. Sudah lama dia diganggu dengan mesej dari peminat misteri itu. Rasanya tidak lama selepas dia menggunakan nombor itu. Hampir setiap hari mesej dari peminat misteri itu akan menghantui hidupnya.
‘Tahniah nombor anda terpilih untuk menerima tiket untuk menonton kl gangster.’
Sah.Mesej dari peminat misterinya iaitu Hotlink.Pantas saja mesej itu dipadam.
‘Ish tak mengantuk pulak malam ni.’ Suzanne di katil sebelah nya di lihat begitu lena. Beg di sebelah katil nya sudah siap dikemas memandangkan esok dia akan check out dari resort itu setelah bermalam di situ selama 2 hari 2 malam sempena haari keluarga anjuran syarikat tempatnya bekerja.
‘Awal lagi ni. Em turun la jalan jalan.’Pantas tudung dicapai sebelum perlahan melangkah ke arah pintu bagi mengelakkan Suzanne terjaga.
…………………………………………………………………………………………

‘Eh mana pula pekerja resort ni. Tinggal sorang je.Takkan da balik kot.Ehm lantak la.’Detik hatinya apabila melihat hanya seorang pekerja resort disitu.
Izyi terus melangkah di sekitar kawasan resort. Tanpa sedar dia sudah berada di depan kolam renang. Dia sendiri tidak pasti bila kakinya melangkah ke situ.Kepalanya mula terasa pening.Bayangan bayangan lalu menerjah mindanya satu persatu.Dadanya terasa berat untuk bernafas. Kolam di depan nya kelihatan berbalam balam.
“Hati hati!!” jerit satu suara di belakangnya.Namun terlambat apabila tubuh Izyi terlebih dahulu tercebur ke dalam air.Peristiwa lama berulang kembali.
…………………………………………………………………………………………

Hai boringnya duduk hospital ni. Akibat hampir lemas tempoh hari dia terpaksa dimasukkan ke wad.Mujur ada sseorang yang menyelamatkannya.Tetapi ada sesuatu yang menganggu fikiran nya.Dia seperti mengenali orang yang menyelamatkannya.Dia seperti pernah melihat wajah itu walaupun ketika itu keadaan agak kelam kabut menyukarkannya melihat wajah itu dengan jelas.
‘Ah entah entah bangla yang aku nampak malam tu kot. Lagipun dia je yang ada masa aku jatuh malam tu.’
“Hai.”Terjengul wajah bosnya.
“Eh bos.Terkejut saya. Buat susah susah je bos datang jenguk saya.” Terharu pula Izyi
“ Tak apa. Anyway tak payah la panggil say abos. Kita bukan kat office pun. Just call me Aidit. So macam mana sekarang dah okey?” manis senyuman bos muda itu bertanya khabar.
“Dah okey sikit.Nasib baik ada pekerja resort tu yang selamatkan saya kalau tak tak tahu la macam mana nasib saya.”
Jawapan Izyi itu mematikan senyuman di bibir Aidit.
“ Owh yeke” bagai nak tak hendak saja dia menjawab.
“ Dulu pun saya pernah hampir lemas masa sekolah. Nasib baik ada kawan sekelas saya tolong selamatkan.Macam tak percaya dia akan selamatkan saya. Kami dulu selalu bergaduh.” Ringan pula mulutnya bercerita.
“Saya tahu”
“ Ha apa bos cakap?”
“ Er tak ada apa apa. Saya tak cakap apa apa pun.”
“Yeke?Saya rasa bos macam ada cakap sesuatu tadi. Kalau bos nak tau disebabkan kejadian tu juga la saya hilang ingatan”
“Awak hilang ingatan?Maknanya awak tak ingat masa silam awak?” agak tinggi nada suara Aidit seperti terkejut.
“ A’a. saya tak ingat apa apa. Kenapa bos?”
“ Er.. tak ada apa apa. Ok saya balik dulu. Awak cepat sembuh tau.” Tergesa gesa bosnya melangkah pergi.Izyi hanya memandang kehairanan.
…………………………………………………………………………………………………………

“Izyi kau ingat tak Munirah?”Alia memperkenalkannya kepada seorang wanita.
“Er maaflah aku tak ingat.” Namun tangan nya tetap menyapa huluran salam wanita tersebut.
“Tak apa Izyi aku faham .aku tau apa yang terjadi pada kau.” Ucapnya ramah seraya melemparkan senyuman.
Terasa sungguh asing bagi Izyi apabila berada di majlis reunion kelasnya dahulu.
“Eh Aril dah sampai lah. Jom la Izi kita pergi jumpa dia. Wa makin hensem dia sekarang. Aku dengar dah jadi businessman dah sekarang.” Pantas Alia menarik lengan Izyi.
‘Eh bukan dulu kau kata Aril tu pilot ke? Bila masa pulak bukak bisnes ni. Tak kan bisnes jual kapal terbang kut?’ hati kecil Izyi ingin bertanya namun persoalan itu hanya mampu tersekat di kerongkongnya saja.
Pandangan nya turut di arahkan kea rah Alia memandang.Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri bersama beberapa orang lagi.Namun wajah teman-teman Aril itu agak terlindung sedikit.
Izyi turut tersenyum apabila menghampiri Aril.’Ensem jugak hehe’. Belum sempat dia menyapa Aril, Alia terlebih dahulu bersuara.
“Apa khabar Cikgu?”
Ha cikgu? Bila masa pula Aril jadi cikgu ni. Sebelum ni pilot. Tadi businessman.Ni cikgu pulak.Namun baru dia tersedar Alia bukan menyapa Aril sebaliknya lelaki di sebelah Aril.Jantungnya seakan terhenti apabila memandang wajah itu.
“Awak Aril?” matanya tidak berkelip memandang Aril di depannya.
“Eh Izyi kau ingat pulak Cikgu Shazril? Bukan kau kata kau tak ingat ke?”
Pantas lengan Alia ditarik.“Kau kata Aril yang selamatkan aku.Tapi kenapa kau tegur lelaki tu pulak? Dan kenapa pula kau panggil dia Aril?” berdas-das soalan dari mulut Izyi,
“Eh betul la cikgu Shazril yang selamatkan kau dulu. Lagipun memang la selama ni aku panggil dia Aril. Kau tak ingat ke?” laju saja Alia menjawab sebelum tangannya menutup mulut.
“Oopss aku lupa kau kan hilang ingatan.” Panjang sengihan Alia.
Izyi mendengus.Di mindanya hanyalah terbayang wajah Cikgu Shazril.Kenapa selama ini lelaki itu tidak pernah berterus terang dengannya.Pandangannya meliar mencari kelibat Cikgu Shazril.Namun hampa kerana bayangnya sudah tiada.Izyi segera melangkah keluar.
Pencariannya berjaya apabila kelihatan Cikgu Shazril sedang berdiri dengan telefon di tangan di seberang jalan.Pantas langkahnya di atur.Ingin meminta penjelasan secepat mungkin.Tanpa memandang kiri dan kanan Izyi terus melangkah.
“Bos..” jeritnya. Namun cahaya dari lampu sebuah kereta terasa menyilaukan pandangannya.Kakinya terasa dipaku untuk berganjak.Dia pasrah.Matanya terpejam menanti saat ajal berkunjung tiba.
“Izyi!!!!!!”
Pandangan nya terasa gelap.Kepalanya terasa sakit.Mungkin terhantuk sesuatu.Dia membuka mata. Dalam keadaan terhuyung hayang dia dapat melihat sekujur tubuh manusia terbaring di atas jalan raya.Kepalanya terasa semakin berat.Izyi rebah di situ.Terlayar di ruang mata satu persatu peristiwa masa silamnya.
………………………………………………………………………………………

Langkah kaki Izyi lemah sahaja ketika dia menuju ke bilik wad Aidit Shazril. Bos merangkap bekas guru seninya dahulu terlantar di hospital kerana menyelamatkan dia dari kemalangan.
“Kenapa selama ni bos tak mengaku yang bos adalah cikgu saya? Kenapa bos tak pernah mengaku bos kenal saya? Kenapa tak mengaku Aidit Shazril???”
Namun jasad di depan nya tidak membalas. Airmata sudah membasahi pipinya.
“Bangunlah bos.Saya minta maaf.Saya dah tahu cerita sebenar.Saya dah tahu bos yang selamatkan saya masa saya hampir lemas 7 tahun lalu. Saya juga dah ingat bos yang selamatkan saya masa saya nak lemas di resort bulan lepas.”
Namun Aidit Shazril yang masih tidak memberi sebarang respon. Wajahnya pucat dan tubuhnya berselirat dengan wayar-wayar.
“Bos saya terpaksa pergi dulu. Lepas ni saya tak dapat jumpa bos dah. Saya akan sambung belajar. Tapi saya nak bos tahu yang boslah Mr. Superman saya. Bos selalu ada di saat saya memerlukan pertolongan.” ‘‘Bos jugalah yang selamatkan saya dari dilanggar kereta. Kemalangan itu telah menyebabkan ingatan saya pulih’’. Airmata sudah dikesat. Izyi bangun. Dia melangkah perlahan menuju ke pintu.
“Selamat tinggal bos.”Izyi memandang wajah bosnya buat kali terakhir.
“ Awak belum belanja saya makan lagi. Takkan awak nak pergi macam tu aje?” Aidit Shazril tiba-tiba membuka mata. Rupa-rupanya dia hanya berpura-pura tidur untuk mendengar luahan hati Izyi.
Izyi menoleh. Kelihatan bosnya dengan susah payah tersenyum memandangnya.
“Boss….” Izyi tersenyum penuh makna tersirat.

- TAMAT-


P/S:ni sebenarnye cete adk midora ae..hehe..midora jd publisher je..=)
sila la bgi komen..kalo d salah eja or pape 2 mybe x prasan..=)