‘’What!? Nonsense Mama!’’bantah Hariz Falah. Cadangan mamanya yang mahu dia bekerja sebagai pengurus di kedai cupcake mamanya terasa seperti tidak masuk akal.
‘’Tak apa la Riz. Mama mahu Riz tolong mama kat kedai tu.Lagipun mama sekarang ni sibuk sikit. Salon mama kat Bukit Yuka tu siapa nak uruskan. Atau Riz nak tolong mama kat salon?’’ perangkap Datin Katy.
‘’Ala mama.tak ada kerja lain ke mama nak suruh Riz buat? Kalau setakat kedai cupcake mama tu suruh Lisa aje lah yang uruskan.
‘’No mama. Lisa tak kerja lagi.Lisa nak enjoy puas-puas. Lagipun Lisa baru je abis study’’sampuk Lisa yang baru turun dari tingkat atas. Betul tak papa? Adu Lisa kepada Dato Baharom.
‘’Papa tak kisah kalau Lisa nak rehat dulu. Lagipun Lisa kan baru tamat pengajian . Tapi papa memang sokong Riz bekerja kat kedai cupcake mama tu. Dah dekat 6 bulan kan Riz menganggur lepas habis belajar. Kita kalau nak berjaya kena mula dari bawah tau. Jangan terlalu memilih pekerjaan ’’sambung Dato Baharom.
………………
‘’Baiklah, hari ini saya ingin perkenalkan pengurus baru di kedai kita,’’ujar Datin Katy.’’Hariz perkenalkan diri,’’sambung Datin Katy.
‘’Selamat pagi semua. Saya Hariz Falah, pengurus baru disini. Harap semua dapat memberi tunjuk ajar, terima kasih.’’tutur Hariz acuh tak acuh saja.
‘’Jojo lepas ni boleh bawa Hariz berkenalan dengan semua pekerja kita dan tunjukkan sekali bilik dia.’’ arah Datin Katy kepada Jojo merangkap pekerja senior disitu.
‘’Baik Datin’’ kata Jojo.
Sesi perkenalan Hariz dengan pekerja disitu berjalan lancar. Ini kerana kedai cupcake ini hanya mempunyai 10 orang pekerja sahaja. Selepas itu Jojo menunjukkn bilik pejabat untuk Hariz.
‘’Jojo, awak kata kedai ini ada sepuluh pekerja, tapi kalau saya tak silap kita hanya jumpa sembilan saja tadi? ,tanya Hariz Falah dengan wajah berkerut.
Kemudian Jojo menerangkan bahawa seorang pekerja mereka mengambil cuti pada hari itu atas sebab tertentu. Jojo sempat berpesan supaya memberitahunya sekiranya Hariz memerlukan apa-apa bantuan.
………………
Cuaca panas pagi itu tidak dihiraukan oleh Arini. Dia ingin segera sampai ke tempat kerjanya kerana terlewat hampir setengah jam. Ini berikutan skuter kesayangannya tiba-tiba semput ditengah jalan. Mulut Arini tidak henti-henti mengomel atas kerosakan skuternya itu sambil menolak skuter warna pinknya itu. Sekali lihat skuternya itu hampir tidak kelihatan seperti skuter kerana terlalu banyak perhiasan berwarna pink seakan-akan skuter pelakon Taiwan lakonan Rainie Yang pula jadinya.
Hampir 15 minit Arini berjalan, akhirnya dia sampai juga ke kedai cupcake tempat dia bekerja. Dengan langkah yang terhendap-hendap Arini menuju masuk melalui pintu belakang. Tiba- tiba terdengar satu suara asing menyergah dari belakang. Arini menyangka itu suara Encik Rahmat, pembantu Datin Katy.
‘’Kenapa awak lambat?’’ Tanya suara asing itu. Mungin dia dapat mengecam Arini salah seorang pekerja disitu berdasarkan baju uniform yang dipakainya.
Dengan tergagap-gagap Arini menjawap.’’err..err saya maafkan saya Encik Rahmat. Skuter saya rosak kat tengah jalan tadi.’’ jawap Arini takut-takut dengan wajah menunduk ke bawah.
‘’Eh!..sejak bila pulak rasenye name aku jadi Rahmat ni. Tak moden langsung. Awak jangan nak sebut sembarangan saja!’’ tiba-tiba suara asing itu menjawab dengan angkuh.
Arini pantas mengangkat kepalanya dengan mata terbeliak.’’Aaa..! Awak buat apa kat sini. Jangan la sebab kes semalam sampai ke tempat kerja saya pun awak nak kejar. Saya bukan jenis orang yang tak tepati janji la.!’’sembur Arini tanpa berfikir panjang.
‘’Lebih baik awak balik sekarang sebelum bos saya nampak.’’ Tambah Arini lagi. Sudah la skuternya buat hal pagi-pagi lagi, kini tambah lagi satu masalah yang membebani kepalanya.
‘’Excuse me..! Kalau bos awak nak marah ada aku kisah ke? Kedai ni pun bapak aku punya, eh silap mak aku punya’’ balas lelaki itu.
‘’Awak jangan main-main ye..! Saya…Belum sempat Arini menyudahkan kata-katanya tiba-tiba Datin Katy muncul dari sebalik pintu.
‘’Ha… Arini. Baru sekarang saya nampak awak. Ini saya kenalkan pengurus baru kedai cupcake saya, Hariz Falah satu-satunya anak lelaki saya.’’ Ujar Datin Katy sambil tersenyum ceria.
Arini tiba-tiba rasa mahu pura-pura pengsan macam kebanyakkan aksi pelakon korea apabila mahu menutup malu yang amat. Kalau aku tahu melaun ni anak Datin tak ada la aku tunjuk garang sangat tadi, desis hatinya. Tapi biar dia tahu siapa aku sebenarnya. Saya bukan gadis lemah.Haha.Arini terkhayal sendirian.
‘’Arini..Arini. Awak dengat tak saya cakap ape?’’ kata Datin Katy sampai megawang-awangkan tangannya di hadapan muka Arini.
‘’Eh..eh saya dengar Datin. Hmm selamat pagi Encik Hariz, apa khabar?’’soal Arini dengan muka seposen. Sikapnya yang suka berkhayal sejak kecil iru masih lagi tidak dapat dikikis.
‘’ Baiklah, Arini saya nak awak bawa Hariz melawat tempat pemprosesan cupcake kita ya. Lepas itu Mama nak Hariz ikut Arini pergi ambil stok tepung kastard dari gudang belakang kedai kita ya.’’ Kata Datin Katy serius.
Alamak.Apasal la ku kena buat benda ni dengan mamat ni. Kalau ada poket doraemon kan bagus. Boleh suruh doraemon pusing jam pukul lima dan balik tak perlu la aku meghadap muka keras mamat ni , fikir Arini dalam khayalannya. Tiba-tiba..
‘’Khayalan awak tak akan menjadi kenyataan’’. Gulp..! Cis! Wajah Arini seakan merah seakan mahu terbakar.
7 comments:
xle blah la rainie yang..HUHU..haha
gud2..continue!
haha..tetibe trfkir skuter comel die 2..
kalau aku jadi arini aku makan cupcake sampai demokkk sebab geram kat bos. heee~
btw, nama arini macam 'hari ini'. haha
anchor~haha..die mkn kt stor je kot..aah ye cam bru ak prsan..ha2.
tulaaa... len x nk pilih nama kena bukak buku nama2 anak soleh dan solehah. takpon guna je nama aku.
x gtuewww... haha
keep it up,girl!..bahasa pon dh cantek.x delah meleret n jiwang sgt.aku rase ko patut promote dkt penulisan2u tu rr..hehe
ziyen: haha..xnk la pblish kt pnlisan 2..kang ad yang ktuk..huaa..xnak2..=)
Post a Comment