Prolog
Hembusan
angin semilir sumatera menampar-nampar pipi tuanya. Sisa-sisa hidupnya banyak
dihabiskan di tepian pantai sahaja.Kenangan lalu sukar untuk dilupus dalam
kotak fikiranya. Perasaan bersalah terhadap insan bergelar manusia amat
memedihkan jiwa raganya. Peristiwa silam ibarat baru semalam terjadi. Tidurnya
tidak lena akibat terigau-igau kenangan
yang mampu menyiat-yiat tangkai hatinya. Pak Semaun bangkit dari duduknya
dengan langkah yang lemah berampukan sebatang tongkat. Hari ini dia berazam untuk
melupakan semua kisah pahit yang asyik menghantui hidupnya. Pak Semaun mahu
memulakan hidup baru bagi mengisi sisa hidup tuanya.
Langkah
kaki dihayun perlahan menuju pondok usangnya. Langkah kakinya terhenti tatkala
melihat tetamu yang sedang menanti di hadapan pondoknya. Pak Semaun mengamati
wajah tetamunya itu perlahan-lahan. Akal fikirannya seakan dapat mengecam wajah
itu walaupun sudah puluhan tahun dia tidak pernah lagi melihat wajah itu.
Terlalu pedih kisah silam untuk diungkapkan kembali. Pak Semaun mengosok-gosok
matanya untuk memastikan kejadian ini sememangnya realiti bukan ilusi. Tetamu
itu mendekati Pak Semaun. Raut wajahnya serius tanpa perasaan. Tubuh Pak Semaun
menggeletar hebat tatkala tetamu itu semakin menghampiri seraya tersenyum. Pak
Semaun jatuh terjelepok. Pernafasannya tidak sekata seakan jantungnya sudah
berhenti mengepam darah. Perlahan-lahan penglihatan Pak Semaun semakin kelam
dan kabur. Lantas persekitaran berkabus menjadi latar mata Pak Semaun.
p/s:hehe..komen2..
2 comments:
jinja daebak!!!sambung cpat!best!cm mistri j..bg la snop dlu=D
haha..ade mcm nvel ram x?kikii..sinop xd lgi.
Post a Comment