Friday, May 4, 2012

Sutera Hitam -2-



Adi Rodolvo melangkah laju menuju ke keretanya. Lelaki muda berusia akhir 20-an ini merupakan pemuda kacukan Melayu-Filipina. Wajahnya saling tak tumpah seperti wajah ibunya, Murimar. Bapanya Majid Sekar merupakan seorang kelasi kapal TLDM yang selalu belayar ke serata kawasan Asia Tenggara. Ketika kapalnya berlabuh di Filipina, dia telah bertemu dengan Murimar dan kemudian mereka mula menyulam kasih sehingga ke jinjang pelamin. Namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila Majid Sekar dan isterinya telah bercerai mati ketika usia perkahwinan mereka baru mencecah 2 tahun. Berita kematian isterinya hanya diketahui daripada bapa mertuanya Roberto Anjas. Murimar dikatakan terlibat dengan kemalangan ketika di Filipina semasa melawat keluarganya. Ketika itu Majid Sekar baru berlabuh di pangkalan TLDM Lumut. Anak mereka Adi Rodolvo berada dalam jagaan ibu Majid Sekar ketika itu.Sekarang Majid Sekar sudah lama bersara sebagai kelasi kapal dan hanya berehat dirumah. Adi Rodolvo adalah satu-satunya anak tunggal kesayangannya.

Tetapi sejak akhir-akhir ini perasaan gelisah seperti diekori seseorang sering menghantui Adi Rodolvo. Pelbagai surat ugutan diterima melalui pejabatnya atau melalui panggilan telefon. Jiwa mudanya semakin tertekan apabila dia dituduh memecah amanah di syarikat tempak dia bekerja. Fikiran Adi Rodolvo kusut tatkala memikirkan masalah-masalah yang menimpa hidupnya sejak kebelakangan ini. Lebih kurang setengah jam perjalanan dia telah sampai ke rumahnya. Wajahnya dimaniskan bagi menjaga hati tua ayahnya daripada mengetahui masalah yang melanda dirinya.

‘Adi baru balik kerja ke?’soal Majid Sekar kepada anaknya.
‘Oh ayah..Haah Adi baru balik yah.’ Jawapnya seraya mendekati ayahnya lantas duduk di sofa berhadapan ayahnya.
‘Ayah tengok kamu ni macam ada masalah saja, kalau kamu nak cerita ayah sudi mendengarnya’’kata Majid Sekar sambil meneguk air kopinya. Perasaan seorang ayah terhadap anak seakan dapat menghidu beban yang ditanggung oleh Adi Rodolvo.
‘Tak ada apa-apalah ayah.Cuma Adi penat sikit. Banyak kerja di pejabar. Ayah janganlah risau nanti kesihatan ayah terganggu pula’. Tutur Adi Rodolvo sopan. Dia tidak mahu fikiran ayahnya terganggu akibat masalahnya.’Tidak Adi, ayah seperti merasakan bahawa kamu sedang menaggung masalah berat. Ayah tidak mahu tumpuan kamu terhadap kerja terjejas. Kalau kamu tidak mahu bercerita, tidak mengapa, ayah faham.Mungkin kamu punya alasan tersendiri. Tapi ayah cadangkan supaya kamu pergilah bercuti kemana-mana untuk tenangkan fikiran..’ Kata Majid Sekar lembut.

Adi Rodolvo terdiam apabila mendengar kata-kata ayahnya itu. Pada pandanganya bagus juga pandangan ayahnya itu.
‘Mungkin Adi akan fikirkan ayah.’katanya.’Ayah Adi naik dululah ye.Nak mandi badan dah melekit’ sambung Adi Rodolvo sambil tersenyum lantas bangun menuju ke tingkat atas.
Majid Sekar juga tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala sambil memandang anaknya menuju ke tingkat atas.

Ketika Adi Rodolvo memasuki biliknya, telefon tangannya berdering kuat. Dengan pantas dia menekan punat hijau dengan dada yang berdebar-debar. Ternyata perasaannya tidak salah. Pemanggil itu tisdak berkata apa-apa tetapi hanya ketawa terbahak-bahak seolah-olah mengejek Adi Rodolvo.
‘Kau nak apa hah!’ Tanya Adi Rodolvo keras. Selama beberapa hari ini dia kerap kali menerima panggilan misteri ini.
‘Kau jangan hanya berani dalam telefon, kalau kau ada masalah dengan aku, kita jumpa empat mata’ balas Adi Rodolvo dengan marah. Kemudian talian terus diputuskan dari sebelah sana. Adi Rodolvo mendengus kasar. Marah! Tiba- tiba kedengaran ketukan pintu biliknya.

‘Adi siapa yang telefon kamu? Ayah dengar macam bunyi orang marah-marah sahaja’ Tanya Majid Sekar.
‘Oh ayah.Eh tak tahulah. Mungkin salah nombor.Tu yang Adi marah tadi.’ Jawap Adi Rodolvo sambil tersengih untuk menutup kegusaran hatinya. Hal ini tidak perlu dihebohkan. Dia takut kesihatan  ayahnya terganggu. Majid Sekar telah lama menghidap lemah jantung sejak menerima telegram kematian isterinya.

2 be continued...

2 comments:

yuki said...

mystery!nak lg!

MidoRa No Habu said...

yuki: hehe..insyaallah..lum ade idea lgi nk smbg ni..=)