Thursday, April 26, 2012

Sutera Hitam -1-


Prolog

Hembusan angin semilir sumatera menampar-nampar pipi tuanya. Sisa-sisa hidupnya banyak dihabiskan di tepian pantai sahaja.Kenangan lalu sukar untuk dilupus dalam kotak fikiranya. Perasaan bersalah terhadap insan bergelar manusia amat memedihkan jiwa raganya. Peristiwa silam ibarat baru semalam terjadi. Tidurnya tidak lena akibat terigau-igau  kenangan yang mampu menyiat-yiat tangkai hatinya. Pak Semaun bangkit dari duduknya dengan langkah yang lemah berampukan sebatang tongkat. Hari ini dia berazam untuk melupakan semua kisah pahit yang asyik menghantui hidupnya. Pak Semaun mahu memulakan hidup baru bagi mengisi sisa hidup tuanya.

Langkah kaki dihayun perlahan menuju pondok usangnya. Langkah kakinya terhenti tatkala melihat tetamu yang sedang menanti di hadapan pondoknya. Pak Semaun mengamati wajah tetamunya itu perlahan-lahan. Akal fikirannya seakan dapat mengecam wajah itu walaupun sudah puluhan tahun dia tidak pernah lagi melihat wajah itu. Terlalu pedih kisah silam untuk diungkapkan kembali. Pak Semaun mengosok-gosok matanya untuk memastikan kejadian ini sememangnya realiti bukan ilusi. Tetamu itu mendekati Pak Semaun. Raut wajahnya serius tanpa perasaan. Tubuh Pak Semaun menggeletar hebat tatkala tetamu itu semakin menghampiri seraya tersenyum. Pak Semaun jatuh terjelepok. Pernafasannya tidak sekata seakan jantungnya sudah berhenti mengepam darah. Perlahan-lahan penglihatan Pak Semaun semakin kelam dan kabur. Lantas persekitaran berkabus menjadi latar mata Pak Semaun.

p/s:hehe..komen2..

2 comments:

Bahasa Melayu Tahun5 said...

jinja daebak!!!sambung cpat!best!cm mistri j..bg la snop dlu=D

MidoRa No Habu said...

haha..ade mcm nvel ram x?kikii..sinop xd lgi.